Lama juga lama usang ini tak diupdate dengan keluhan - keluhan serta picisan bait kata dari saya. Sibuk mengatur turus - turus kehidupan duniawi yang memang tak pernah suram dengan masalah dan kejutan. Tambahan pula semenjak dua menjak ini aturan jadual saya agak kucar - kacir dan tak menentu - bak graf kitaran period wanita menghampiri menopuase. kata saya...
Tahun 2010 ini saya mulai dengan lonjakan ke satu paras hidup yang drastik. satu keputusan yang diambil dalam waktu singkat, namun didalami dengan penuh ketelitian dan kepasrahan terhadap Qada & Qadar. Dan Alhamdulillah, berkat doa yang tidak pernah putus dari kami dan kalangan yang menyayangi, saya dan si dia selamat disatukan dalam satu jalinan dunia dan akhirat (InsyaAllah..amin)yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang "halal".
Kemudian, saya dikurniakan pula satu kejutan baru tidak sampai beberapa bulan kemudian. Bukan...ia bukan seperti yang dijangka - jangkakan itu ya. Doa saya untuk bertukar angin dimakbulkan Tuhan. Selepas sekian waktu diuji dengan cabaran yang boleh tahan juga, saya mengukir lembaran baru dalam buku nota kerjaya. Semuanya baik - baik sahaja, namun seperti ada yang kurang manisnya. Entah saya sendiri kurang pasti dan gagal menganalisa. Sehinggalah suatu ketika, seakan ada satu "hidayah" yang membuatkan saya mengerti bahawa perjalanan singkat itu seakan memudarkan jati diri dan kehendak saya. Lama kelamaan saya mungkin akan hilang kekuatan yang saya miliki sekarang dan menjadi seperti "biasa-biasa" sahaja. Makanya saya kelak mungkin akan bertukar daripada "superwoman" (kata saya) kepada "superkoman".
Seakan - akan "mendengar" rintihan hati dan dilema saya, suatu hari saya ditemukan dengan seseorang yang membuka peluang keemasan. peluang untuk saya menjadi diri saya kembali, tangkas dan penuh semangat, bersungguh-sungguh, dan bekerja kuat. paling utama peluang untuk saya challenge kemampuan saya dan mengejar impian saya. Alhamdulillah...walau dilema percaturan kerjaya ini agak hebat (saya ditawarkan dengan tawaran semula yang lumayan, kedudukan yang begitu selesa kata mereka,dan hamburan bisikan - bisikan halus yang mencabar kredibiliti saya), akhirnya saya membuat percaturan yang saya mahukan. Saya tidak pernah menyesal, saya pasrah jika inilah yang terbaik daripada Allah swt buat saya dan si dia buat masa ini dan akan datang. Saya percaya Allah swt itu sentiasa ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Tawarn baru itu saya terima walau figuranya tidak sehebat tawaran semula itu, kedudukan syarikatnya tidak segah yang dahulu dan jawatannya tidak semampan sebelumnya. Saya sangat percaya, Dia punya rancangan untuk saya.
Kurang sebulan di sini, saya mengaku ia tidak sehebat yang dulu. Tetapi saya mendapat satu kepuasan yang tiada bandingannya - iaitu menjadi seorang diri saya kembali. Walaupun perjalanannya kelak beranjau dan disulam jerih - payah, saya telah mempersiapkan diri saya ke arah itu. Saya mungkin terduduk, tersadung,terjatuh dan tersinggung, namun saya bersedia menerimanya.
Seperti kata - kata azimat bisikan si dia, saya lebih baik daripada yang saya jangkakan. =)
p/s: terima kasih sayang. kata - kata itu saya pegang sebagai pedoman hidup sepanjang nadi ini berdenyut InsyaAllah...
Wednesday, June 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment