Thursday, November 5, 2009

Gay Partner & Wedding


Baru lepas on the phone dengan si teman rapat, Kat. he's been very very stressed out lately. At the age of 28, dia bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Dia antara kenalan rapat yang aku paling selalu jumpa, telefon, sms, chat, email, twitter, facebook...pendek kata paling selalu berhubungan dengan aku. some people thnik we are gay partner. Aku peduli habis.

"Aku dah hampir putus asa", sayu dan hampa suaranya di corong telefon bimbit model lama Nokia N-series pertama ku. "Both me and Sue dah cuba sedaya upaya kumpul duit untuk wedding kami. Cakap je bank apa yg ada kat muka bumi Malaysia ni semua aku dan Su dah pergi and isi borang nak wat personal financing. All's rejected".Sigh...panjang dan keras. "You know what dude, aku dah tak ada jalan how else aku patut cukupkan duit wedding kitorang.susah2 sangat, buat kenduri sebelah pihak Su je lah." Aku tanya, "What did she say?". "Su said she's fine with it. BUt I know deep down she feels so sad. Of course, dia memang idam2kan our reception on my side buat kat dewan and masa we walk through the aisle, ada playback gambar kami di layar with lagu "Mencintaimu" from that Indonesian singer...arrhhhhggg what the heck her name is". "Kris Dayanti", pintasku bangga dengan pengetahuan am tentang dunia seni tanahair dan negera seberang. "yea...whatever", Kat keluh stress.

Aku faham..faham sangat dengan situasi Kat. Ingat lagi baru baru ni masa Utusan Malaysia announcedkan pertandingan Gerbang Cinta, aku orang pertama yang Kat telefon and beritahu dia nak join pertandingan tersebut. Saper tak nak? First prize to 3rd prize, hadiah berupa majlis perkahwinan yang ditaja sepenuhnya lebih RM30K. Saper yg menang memang goyang kaki je lah and cuci kasut naik pelamin. Daripada kad kahwin, door gift, honeymoon, pelamin, make up, baju and all sorta things from A to Z di sponsor beb! Aku pun nak (even though lagi 2 years majlisku).

Aku jugalah yang tolong Kat malam malam gunting masthead Utusan sampai pukul 3pagi untuk dihantar bersama borang peraduan dan slogan kata. Aku jugalah yang tolong cucikan gambar pertunangan Kat and Su (yang aku jugalah photographer cabuknya) saiz 5R sebanyak 3 keping untuk dikepilkan bersama. Dan aku juga ingat lagi, Kat even pinjam duit aku RM150 untuk beli seratus suratkhabar Utusan malaysia yang langsung tak dibacanya pun, semata-mata untuk mendapatkan masthead tulisan biru itu sebagai bukti "pembaca setia" surat khabar tersebut. Masa tu Kat belum gaji lagi and he even ikat perut semata-mata nak masuk pertandingan yang at the end of the day - he got nothing at all. sedih.hampa.kecewa - i truly understand his situation. He did all in the name of love and to win the contest, cuz he knows he couldnt afford to do his wedding.

Bila tanya orang tua-tua dan orang jahil, senang ajer jawapan diorang. "Kalau tak mampu, tak payah la kahwin". Butanya hati orang-orang begini.Mereka lebih rela anak muda hidup bermaksiatan daripada menghalalkan hubungan dan membina masjid. Aku bukan lah alim ulamak tapi sekurang kurangnya aku boleh fikir secara rational. Tak paham.dan annoyed dengan sikap orang kita , terutama orang melayu yang confirm confirm beragama Islam kalau kat Malaysia ni.

Instead of menolong meringankan beban, boleh pulak keluar statement macam haram jadah.What the heck? Walaupun aku muda belia (dan baru menyambut ulangtahun ke 15 semalam.) =P aku boleh guna kepala dan akal fikiran membezakan which one is wrong and which one is right. This is what we call, ignorance plus stupidity in a form of a breathing asshole.

Sometimes, parents also have too high of their expectation. Nak wedding yang grand, hantaran yang berjenama paling koman Armani Exhange or CK. Bukan apa, bolehlah buat perbandingan dengan anak cik joyah belakang rumah yang baru kahwin bulan lepas. Boleh lah bangga bangga dan buat tayang dengan tetamu yg hadir majlis nanti. Bukan sekadar pelamin saper yang lagi gah, malah bunga telur hatta sekalipun jadi issue. Kalau your is better than memang kembang setalam lah si mak bapak.kalau agak kureng dan wang hantaran sang menantu hanya berjumlah 4 digit mesti nak sorok muka belakang pintu dapur. Or else, peras anak dan bakal menantu untuk wedding expinditure yang melebihi kemampuan.

Aku tak faham..kenapa kita harus menyusahkan diri dengan adat yang terlalu diagung2 kan begini? tak salah mengikut adat tapi ukurlah baju kat badan sendiri.kalau setakat tu je kemampuan, buat doa selamat pun dah ok.

Tapi kalau buat doa selamat je..ada pulak yang tabur fitnah anak daranya dah bunting atau kena tangkap basah.

Haisssshhhh...dunia...dunia...people are going insane and wreckless i guess. Too much toxin from the food i guess.

My turn will be coming soon...and I dont know how nightmare it would be. (Bukan kahwin itu nightmare but preparationnya yang giler itu mimpi ngeri).

To Kat...Allah menyayangimu kawan. This is a test and definitely He will give you something much much better soon. He will help...just keep praying.

1 comment:

  1. wish u luck...buat preparation awal-awal..insyaallah it will be smooth...kahwin x semestinya bajet ribu-ribuan...bersederhana lebih baik but the most important thing is meriah dan penuh kesyukuran..

    ReplyDelete